INSIDIOUS THE LAST KEY
Assalamualaikum & hi!
Salah satu hobi saya ialah menonton filem-filem seram
ataupun filem yang memberikan rasa suspen untuk mengetahui apa yang akan
berlaku selanjutnya. Dalam post yang kedua saya ini, saya ingin berkongsi
mengenai review ataupun feedback daripada saya terhadap satu filem seram iaitu
Insidious The Last Key yang baru berkesempatan untuk saya tonton walaupun telah
ditayang pada tahun lepas lagi.
Okay, terus kepada review saya mengenai file mini. Pada
pendapat saya, file mini boleh dikategorikan agak seram kerana terdapat
beberapa jump scare yang memeranjatkan penonton. Tetapi jika dilihat kepada jalan
ceritanya ianya agak bosa, cliché dan tidak terlalu fokus kepada menyelesaikan
masalah Elise, yang merupakan watak utama dalam cerita ini. Selain itu, file
mini juga ada memuatkan humor lawak yang boleh menenangkan penonton sekejap daripada
suspen cerita tersebut.
Dalam series keempat Insidious ini juga tidak banyak
memaparkan Elise masuk ke dalam alam roh yang sedangkan ia adalah konsep utama
dalam series Insidious ini. Ianya banyak memaparkan kisah silam Elise kerana ia
melibatkan entiti jahat pada zaman kanak-kanaknya
Akhirnya, pada pendapat saya pengakhirannya agak
mengecewakan saya yang inginkan lebih lagi dari file mini tetapi mungkin juga
kerana saya agak mempunyai harapan tinggi untuk filem ini dan penamatnya tidak
memberi impak yang besar kepada saya. Ini hanyalah pendapat peribadi saya dan
ianya mungkin berbeza mengikut citarasa orang lain.
Thank you and see you in the next post xx

No comments:
Post a Comment