Sunday, April 21, 2019

Searching...

Assalamualaikum & hi!!

Baru-baru ni saya ada tengok satu movie yang bertajuk Searching. Movie ni dikeluarkan pada tahun lepas (2018) tapi baru sempat nak tengok hehe.

Pada pendapat saya, saya sangat sukakan movie ni sebab movie ni sangat membuatkan saya ingin tahu akan kesudahannya. Sepanjang movie itu saya asyik bertanya apa yang sebenarnya terjadi kepada Margot samada dia diculik, lari dari rumah ataupun telah dibunuh? Cerita sangat sesuai buat mereka yang sukakan genre suspen :)

Selain tu, saya juga sangat suka cerita ini yang memaparkan kekuatan seorang ayah yang berusaha untuk mencari anak kesayangannya walaupun banyak spekulasi yg didengari, dia tidak mempercayai nya dan teruskan mencari klu-klu yang membawanya kepada anaknya, Margot. Sesiapa yang menonton pasti akan merasai kasih sayang seorang ayah terhada ayahnya dan buatkan anda teringat & hargai akan pengorbanan ayah anda kat kampung 😭


Image result for searching movie

Overall, saya sukakan movie ini. Siapa yang belum tengok movie, silakan menonton nya yee. Anda pasti tak akan menyesal πŸ˜„

Crunchy Popia Snacks !!

Assalamualaikum & hi !

Saya nak share satu resepi snek yang sedap dimakan bila tengok movie ataupun bila tetibe mulut rasa nak mengunyah je kan.. hehe.. Resepi ni senang sangat-sangat dan juga murah je. Saya pun dah buat banyak kali. Nak buat untuk tambah perbelanjaan pun boleh :)

Popia Cheese Crunchy


Bahan-bahan: 

1 paket kulit popia 
Cheese powder secukupnya (terpulang banyak mana nak letak)
Sedikit gula kastor 
Sedikit serbuk cili 
Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara membuat: 

1. Potong kulit popia supaya jadi bentuk kecil bersegi empat. 
2. Panaskan minyak 
3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga kekuningan
4. Angkat dan toskan minyak. 
5. Kemudian sambung goreng lagi hingga habis.
6. Sejukkan seketika dan ambil sebahagian kulit popia tersebut dan masukkan dalam bekas. Setelah itu, gaul bersama cheese powder, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas). 
7. Goncang atau gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese itu. 
8. Simpan dalam balang dan nikmatinya setiap hari.

Popia Nestum


Bahan-Bahan:

1 bungkus kulit popia
1 cawan nestum, kisar halus
1/2 cawan susu debu
1/2 cawan gula halus

Cara cara Membuat:

1. Potong kulit popia supaya jadi bentuk kecil bersegi empat. 
2. Panaskan minyak 
3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga kekuningan
4. Angkat dan toskan minyak. 
5. Kemudian sambung goreng lagi hingga habis.
6. Sejukkan seketika dan ambil sebahagian kulit popia tersebut dan masukkan dalam bekas. Setelah itu,  taburkan dengan nestum, gula dan horlicks.
7. Goncang atau gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese itu. 
8. Simpan dalam balang dan nikmatinya setiap hari.

Selamat mencuba !!

** credit to owner

Popia Satar !

Assalamualaikum w.b.t !

Popia satar selalu ada jual dekat pasar pagi atau pasar malam je kan. So, untuk hilangkan kempunan nak makan popia satar, saya kongsi resepi popia satar untuk kita buat sendiri di rumah. Senang je :)



Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara-cara :

1. Buang segala tulang yang ada pada ikan. Tujuan rebus sekejap ni sebenarnya nak memudahkan kerja pengasingan tulang and bagi ikan masak sedikit.
2.Tumbuk ikan sehingga betul-betul halus dan masuk dalam mangkuk
3.Lepas tu tumbuk serai, bawang merah, bawang putih , cili kering rebus, cili padi, dan halia. Kalau lesung batu tak muat, repeat sampai habis. Tumbuk bagi hancur. 
4. Serai jangan letak banyak, cukup 1 batang saja, kalau banyak jadi macam makan serai pulak. Sama jugak dengan halia. Guna kuantiti yang minimum ok?
5.Lepastu, tumbuk kelapa parut sampai habis lumat. Gaul kesemua bahan, baru tambah air asam jawa, garam, gula dan perasa.
6.Balancekan segala rasa, paling penting ikot tekak memasing. 
7.Sediakan kulit popia, dan lipat macam gambo kat bawah, ok?
8.Goreng menggunakan api sederhana kuat.

Cara gulung popia satar.

Dah siap untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera :)

**credit to owner

Saturday, March 23, 2019

Char Kuey Teow sedappp !!

Timur Char Kuey Teow, Wakaf Stan Kubang Kerian


Assamualaikum & hi !!

Baru-baru ni saya telah berkunjung ke Timur Char Kuey Teow yang terletak di Kampung Wakaf Stan yang menghidangkan char kuey teow yang sangat sedap dan juga teh beng madu yang luar biasa sedap πŸ‘ Timur Char Kuey Teow hanya beroperasi pada waktu malam sahaja dan cuti pada hari Rabu. Dengan harga makanan yang sangat murah dan berbaloi, kedai ini selalu penuh dengan pengunjung setiap malam. So, it worth it to try this ☺


1 plate of char kuey teow = RM5
Teh beng madu = RM3

So gaiss, give it a try cause it really worth it 😘 That's it for today. See you when i see you xx

Tuesday, March 12, 2019

What is my thought about Insidious The Last Key? 😱


INSIDIOUS THE LAST KEY

Assalamualaikum & hi!

Salah satu hobi saya ialah menonton filem-filem seram ataupun filem yang memberikan rasa suspen untuk mengetahui apa yang akan berlaku selanjutnya. Dalam post yang kedua saya ini, saya ingin berkongsi mengenai review ataupun feedback daripada saya terhadap satu filem seram iaitu Insidious The Last Key yang baru berkesempatan untuk saya tonton walaupun telah ditayang pada tahun lepas lagi.

Okay, terus kepada review saya mengenai file mini. Pada pendapat saya, file mini boleh dikategorikan agak seram kerana terdapat beberapa jump scare yang memeranjatkan penonton. Tetapi jika dilihat kepada jalan ceritanya ianya agak bosa, clichΓ© dan tidak terlalu fokus kepada menyelesaikan masalah Elise, yang merupakan watak utama dalam cerita ini. Selain itu, file mini juga ada memuatkan humor lawak yang boleh menenangkan penonton sekejap daripada suspen cerita tersebut.

Dalam series keempat Insidious ini juga tidak banyak memaparkan Elise masuk ke dalam alam roh yang sedangkan ia adalah konsep utama dalam series Insidious ini. Ianya banyak memaparkan kisah silam Elise kerana ia melibatkan entiti jahat pada zaman kanak-kanaknya
Akhirnya, pada pendapat saya pengakhirannya agak mengecewakan saya yang inginkan lebih lagi dari file mini tetapi mungkin juga kerana saya agak mempunyai harapan tinggi untuk filem ini dan penamatnya tidak memberi impak yang besar kepada saya. Ini hanyalah pendapat peribadi saya dan ianya mungkin berbeza mengikut citarasa orang lain.

Thank you and see you in the next post xx


Sunday, March 10, 2019

Kopi Mesin ☕️

Kopi Mesin is a hipster themed cafe located in Kota Bharu, Kelantan. The cafe are truly popular among local people especially those who love coffee as Kopi Mesin served variety of coffee that can be choose . Even though, there are plenty of meal and dessert served by Kopi Mesin that can be enjoyed with the coffee.


I choose Ice Blended Chocolate as I’m not so into coffee. The price is only RM6.



Spaghetti Aglio E Olio - RM 9.90 
Yummy & affordable :)


Chicken Grill - RM 10
*Highly recommended 10/10 πŸ˜‹


Keropok Lekor RM5


Cheesy Nachos RM5

Overall, I really satisfied with the drink and meals served by Kopi Mesin. It is not only affordable but the taste also shoul be complimented. I really suggested this cafe to everyone if you ever come to Kelantan. Thank you and see you in the next blog xx